Operasi cegah jenayah di Seria

Operasi cegah jenayah di Seria

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 2 Okt – Bagi menjaga keamanan kawasan kampung daripada sebarang kegiatan jenayah, operasi rondaan telah diteruskan lagi antara anggota polis dan ahli pengawasan kejiranan (PK) kampung di sekitar berek kerajaan dan perumahan Kampung STKRJ Lorong Tiga Seria, baru-baru ini.

Operasi rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan tersebut bermula jam 11 malam itu melibatkan penyertaan empat orang anggota polis dari Balai Polis Seria dan enam ahli PK Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria.

Turut serta dalam operasi tersebut ialah pegawai bahagian Perhubungan Pengawasan Kejiranan Balai Polis Seria Sarjan Zamri bin Haji Buang, dan ahli Pengawasan Kejiranan merangkap Ketua Biro Keselamatan Kampung, Awang Hassan bin Haji Masri.

Sepanjang operasi selama dua jam itu, tiada sebarang kegiatan berkaitan jenayah didapati.

Antara yang terlibat dalam operasi cegah jenayah di Kampung STKRJ Lorong Tiga Seria.
Antara yang terlibat dalam operasi cegah jenayah di Kampung STKRJ Lorong Tiga Seria.

Sementara itu, operasi serupa turut diadakan, baru-baru ini, di kawasan Kampung Bukit Sawat Labi yang melibatkan empat anggota Balai Polis Labi bersama tiga ahli PK kampung tersebut yang bermula dari jam 10:30 malam hingga 12 tengah malam.

Rondaan dijalankan di sekitar kawasan bangunan kerajaan dan rumah penduduk kampung di bawah PK Mukim Bukit Sawat, turut disertai pegawai dari bahagian Perhubungan Pengawasan Kejiranan Balai Polis Labi, Lance Kopral Mohd Izzat Izuddin bin Abdullah, Sarjan Taib bin Jenuddin, serta Pemangku Ketua Kampung Bukit Sawat Awang Mohammad bin Abdullah.

Rondaan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan itu juga tiada mendapati sebarang kejadian jenayah atau kegiatan yang mencurigakan.

ARTIKEL YANG SAMA