Operasi cegah jenayah di Temburong

Operasi cegah jenayah di Temburong

TEMBURONG, 15 Jan – Pengawasan kejiranan terus dilaksanakan oleh anggota Daerah Polis Temburong bersama 13 anggota gabungan Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar dan Ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Labu Estate dan Kampung Piasau-Piasau baru-baru ini.

Operasi yang diketuai Ketua Kampung Labu Estet selaku Pengerusi Kawasan Kejiranan, Haji Sulaiman bin Haji Nasir dimulakan dengan taklimat ringkas disampaikan oleh Ketua Operasi Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Reynold @ Daniell Chin.

Turut serta dalam pengawasan itu ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong Penguasa Polis Haji Muhammad Azrie bin Haji Talip.

Operasi berjalan kaki menyasarkan pemeriksaan kenderaan di sekitar kawasan kemajuan Pertanian Labu, kawasan letak kereta Taman Rekreasi Bukit Patoi, kawasan letak kereta Tanah Perkuburan Islam Labu, tapak projek pembinaan Jambatan Temburong, kawasan ladang padi Perdayan dan sekitar Kampung Labu Estate.

Antara anggota yang menyertai operasi tersebut.
Antara anggota yang menyertai operasi tersebut.
Beberapa anggota semasa membuat pemeriksaan semasa operasi tersebut.
Beberapa anggota semasa membuat pemeriksaan semasa operasi tersebut.

Bagaimanapun, tiada kesalahan dikesan semasa rondaan dijalankan. Sementara itu di ibu negara, Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Pusat BSB bersama ahli Pengawasan Kejiranan dari Kampung Sungai Matan dan Kampung Serdang malam tadi melakukan rondaan pencegahan jenayah di tempat tapak pembinaan Jambatan Temburong di kawasan Kampung Sungai Besar Jalan Kota Batu, Mukim Kota Batu.

Rondaan bermula pada jam 10:50 malam dan berakhir pada jam 1:30 pagi. Sepanjang rondaan tersebut diadakan, tidak ada penemukan sebarang aktiviti sosial yang tidak sihat dan unsur jenayah.

ARTIKEL YANG SAMA