Operasi cegah jenayah diteruskan

Operasi cegah jenayah diteruskan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT – Operasi Pencegahan Jenayah di kawasan kampung dan mukim yang melibatkan pihak polis dan ahli jawatankuasa pengawasan kejiranan diteruskan lagi dengan pemeriksaan secara rondaan berjalan kaki baru-baru ini.

Operasi tersebut melibatkan penyertaan tujuh orang anggota Balai Polis Seria bersama enam orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria yang diketuai oleh Bahagian Perhubungan Pengawasan Kejiranan, Sarjan Zamri bin Haji Buang. Turut menyertai ialah Ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Seria, Haji Saidin bin Ibrahim. Operasi tersebut yang dijalankan selama kira-kira dua jam bermula dari pukul 9 malam hingga 11:50 malam itu, bagaimanapun tidak menemukan sebarang perbuatan jenayah, dalam rondaan di kawasan Kampung STKRJ Lorong Tiga Seria, kawasan Barek Kerajaan Lorong Tiga dan kawasan Perumahan Teres STKRJ Jalan Tengah Seria.

Menurut polis, semasa rondaan, mereka hanya menjumpai beberapa orang anak-anak remaja sedang lepak di kawasan Barek Lorong Tiga Selatan Seria, dan setelah disoal siasat, mereka akhirnya diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah bagi kawasan STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria.
Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah bagi kawasan STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria.

ARTIKEL YANG SAMA