Operasi cegah jenayah Labuan

Operasi cegah jenayah Labuan

LABUAN, 3 Ogos (Bernama) – Polis trafik di sini menahan tujuh kenderaan persendirian dan dua motosikal atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi berasingan pada Ahad dan hari ini.

Pelbagai jenis kenderaan persendirian ditahan kerana digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit.

Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata operasi pertama iaitu Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan diadakan di Jalan Tun Mustapha pada pukul 1 pagi menyaksikan 34 saman dikeluarkan.

“Sekurang-kurangnya 65 kenderaan diperiksa semasa tiga jam operasi pada Ahad malam. Sejumlah 75 orang diperiksa dan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan dua penunggang motosikal dibawa ke balai polis dan dibebaskan pada hari sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam Op Kereta Sapu yang diadakan pukul 9 pagi ini di pusat bandar bersebelahan Sun Minimart, tujuh kenderaan telah ditahan dan pemiliknya didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (CVLB) 1987.

Kebanyakan kenderaan digunakan untuk mengangkut penumpang yang tinggal di kem Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kiansam.