Operasi cegah jenayah temui 1 kesalahan kompaun

Operasi cegah jenayah temui 1 kesalahan kompaun

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Anggota Balai Polis Sengkurong bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Sengkurong B, telah mengendalikan rondaan pencegahan jenayah, baru-baru ini.

Sebelum rondaan dimulakan, taklimat situasi jenayah kampung tersebut diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, Jalan Jerudong.

Hadir semasa rondaan tersebut ialah Penghulu Mukim Sengkurong/ Pemangku Ketua Kampung Sengkurong B, Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti bersama 13 ahli Pengawasan Kejiranan dan dibantu anggota Balai Polis Sengkurong seramai 13 orang.

Operasi rondaan dan sekatan jalan raya selama dua jam yang dimulakan pada 11:10 malam itu, melibatkan kawasan di bawah Mukim Sengkurong dan Jalan Selayun Jerudong, Mukim Sengkurong B.

Hasil sekatan jalan raya telah mendapati satu kes kompaun, manakala semasa rondaan tidak mendapati sebarang kesalahan dan perkara yang mencurigakan.

Mereka yang terlibat dalam operasi pencegahan jenayah di kawasan Mukim Sengkurong dan Jalan Selayun Jerudong.
Mereka yang terlibat dalam operasi pencegahan jenayah di kawasan Mukim Sengkurong dan Jalan Selayun Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA