Operasi di ISGIA

Operasi di ISGIA

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) dan kawasan sekitarnya kekal pada tahap tinggi berikutan satu letupan di lapangan terbang berkenaan pada 23 Disember lepas, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengendali lapangan terbang itu berkata, keselamatan di perimeter lapangan terbang itu dinilai dan diluluskan pihak berkuasa Turki untuk operasi disambung semula dalam masa secepat mungkin.

“Pihak berkuasa Turki sedang menyiasat kejadian itu dan Malaysia Airports sedang menunggu laporan rasmi daripada mereka. “Saluran komunikasi rasmi diwujudkan kerajaan Turki ialah Pejabat Gabenor Istanbul,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Menurut MAHB, lapangan terbang itu beroperasi semula seperti biasa pada jam 4 pagi 23 Disember, dua jam selepas letupan, kerana kerosakan infrastruktur lapangan itu minimum dan tidak menjejaskan sebarang kedudukan parkir 78 pesawat. – Bernama

Gambar fail yang diambil pada 7 Februari 2014 menunjukkan pintu masuk utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul. - Reuters
Gambar fail yang diambil pada 7 Februari 2014 menunjukkan pintu masuk utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA