Operasi Gempur 27

Operasi Gempur 27

Oleh Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh mengadakan Operasi Gempur 27/2016 di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Batu, Daerah Brunei dan Muara malam tadi melibatkan pemeriksaan ke atas seorang warga asing berbangsa Filipina jaminan pas lawatan yang dipercayai menjalankan aktiviti Agensi Pekerjaan tanpa kebenaran Pesuruhjaya Buruh.

Operasi yang bermula kira-kira jam 9 malam itu disertai seramai lima pegawai penguat kuasa undang-undang jabatan berkenaan. Semasa pemeriksaan mereka turut merampas segala dokumen urusan mendatangkan pekerja asing yang dijumpai untuk membantu siasatan lanjut.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Buruh, Zulhilmi bin Haji Abidin dalam satu kenyataan hari ini berkata, menjalankan Agensi Pekerjaan tanpa kebenaran Pesuruhjaya Buruh merupakan kesalahan di bawah Bab 6 (1) Perintah Agensi Pekerjaan 2004 jika sabit kesalahan boleh diambil tindakan Undang-Undang kesalahan dibawah Bab 6 (2) Perintah yang membawa hukuman denda tidak kurang $5,000, penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya didenda tidak kurang daripada $10,000, penjara tidak kurang dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang ketika membuat pemeriksaan.
Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang ketika membuat pemeriksaan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak menjalankan Agensi Pekerjaan tanpa kebenaran bertulis dari Pesuruhjaya Buruh dan juga tidak menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan yang tidak berdaftar di Jabatan Buruh.

Orang ramai juga dipohonkan memberi kerjasama dalam melaporkan sebarang aduan mengenai Agensi Pekerjaan yang tidak berdaftar dan bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Buruh di talian 2381848.

ARTIKEL YANG SAMA