Operasi jaga keamanan kampung

Operasi jaga keamanan kampung

TUTONG, 28 Feb – Seramai 14 anggota polis dari Daerah Polis Tutong bersama 11 ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah di Kampung Danau dan Kampung Keramut, baru-baru ini.

Sepanjang rondaan dilakukan yang bermula jam 10 malam itu, tidak mendapati sebarang kes jenayah.

Menurut kenyataan daripada Polis Diraja Brunei, Balai Polis Lamunin bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Layong Tutong pada hari yang sama turut mengadakan operasi seumpamanya untuk menjaga keamanan kampung dan kesejahteraan penduduknya daripada sebarang jenayah.

Operasi rondaan yang dilaksanakan oleh tiga anggota polis dan empat ahli pengawasan kejiranan yang menggunakan kenderaan di sekitar kawasan Kampung Layong itu tidak mendapati sebarang jenayah atau kesalahan berlaku.

Antara anggota polis dan ahli pengawasan kejiranan yang menyertai operasi rondaan itu.
Antara anggota polis dan ahli pengawasan kejiranan yang menyertai operasi rondaan itu.

ARTIKEL YANG SAMA