Operasi JSKLL menjelang Aidilfitri

Operasi JSKLL menjelang Aidilfitri

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei, kelmarin, telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Lalu Lintas Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2015, yang bermula pukul 10.30 malam hingga 1 pagi tadi.

Di Daerah Brunei dan Muara, operasi di tiga tempat berasingan telah melibatkan kira-kira 100 orang anggota JSKLL dengan diketuai oleh ASP Pengiran Haji Mohd Aminul Sarni bin Pengiran Haji Sarpuddin.

Manakala itu, di Daerah Belait, seramai 12 anggota dari JSKLL Cawangan Batu 3, Belait terlibat dengan diketuai oleh Sarjan 2229 Duraman bin Haji Ering.

Operasi yang dijalankan ini telah merekodkan sebanyak 44 kes pelbagai kesalahan lalu lintas, iaitu tujuh kes doket dan 37 kes kompaun.

Operasi di tiga tempat berasingan di Daerah Brunei dan Muara membabitkan kira-kira 100 anggota JSKLL yang diketuai oleh ASP Pengiran Haji Mohd Aminul Sarni.
Operasi di tiga tempat berasingan di Daerah Brunei dan Muara membabitkan kira-kira 100 anggota JSKLL yang diketuai oleh ASP Pengiran Haji Mohd Aminul Sarni.

p04-3_20150718 p04-4_20150718

Daripada jumlah itu, sebanyak enam kes dicatatkan dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Penghubung Beribi, tujuh kes dalam operasi sama di Lebuh Raya Tungku, dan 20 kes dalam operasi tangkapan had laju di Lebuh Raya Muara Tutong.

Sementara itu, sekatan jalan raya di JSKLL cawangan Batu 3, Daerah Belait telah merekodkan sebanyak 11 kes.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui JSKLL, akan terus mempergiatkan operasi dan rondaan dalam sama-sama mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ke arah menjadikan jalan raya Negara Brunei Darussalam
selamat untuk semua.

Beberapa jenis operasi telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini dan akan diteruskan menjelang tibanya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA