Operasi kebebasan pelayaran tiada ancaman – Panglima AS

Operasi kebebasan pelayaran tiada ancaman – Panglima AS

BEIJING, 3 Nov (Reuters) – Kebebasan operasi pelayaran oleh Amerika Syarikat (AS) tidak harus dianggap sebagai satu ancaman, kata komander Pusat Pasifik AS Laksamana Harry Harris hari ini selepas sebuah kapal perang AS mencabar tuntutan wilayah China di Laut China Selatan pada minggu lalu.

“Kami telah mengadakan kebebasan operasi pelayaran di seluruh dunia berdekad-dekad lamanya, maka tidak ada sesiapa yang harus berasa terkejut dengannya,” kata Harris di sebuah universiti Beijing, dalam komen yang disiarkan oleh tentera AS.

“Saya benar-benar percaya operasi rutin berkenaan tidak harus ditafsirkan sebagai ancaman oleh mana-mana negara.”

“Amerika Syarikat tidak mempunyai kedudukan ke atas tuntutan kedaulatan terhadap ciri-ciri daratan di Laut China Selatan dan kami menggalak semua pihak menuntut supaya menyelesaikan perbalahan dengan aman, tanpa kekerasan, dan mengikut undang-undang antarabangsa.”

Harris telah mengkritik pembinaan pulau oleh Beijing di gugusan kepulauan Spratly, memberitahu kumpulan pemikir Australia pada awal tahun ini bahawa China sedang menggunakan pengorek dan jentolak untuk mewujudkan “tembok pasir” di Laut China Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA