Operasi kesan mangsa kapal berlanggar diteruskan

Operasi kesan mangsa kapal berlanggar diteruskan

SINGAPURA, 17 Dis – Sebuah kapal tangki yang berdaftar di kepulauan dan sebuah kapal kargo yang mengibarkan bendera Antigua dan Barbuda berlanggar di laluan timur Skim Pemisah Trafik (TSS) di Selat Singapura semalam, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA).

Menurut kenyataan MPA yang dikeluarkan tengah malam tadi, insiden berlaku di perairan Indonesia enam batu nautika di barat laut Batam.

Kapal tangki membawa bahan kimia tersebut mengalami kerosakan kecil dan berada dalam keadaan stabil, sementara kapal kargo membawa 560 tan metrik bahan api bunker karam.

MPA mengerahkan dua kapal peronda untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura turut membantu MPA dengan mengerahkan lima buah bot, dan berjaya menyelamatkan lima dari sejumlah 12 anggota krew kapal kargo.

Anggota krew yang keenam berjaya diselamatkan oleh kapal tangki terbabit.

Pasukan Pertahanan Awan Singapura (SCDF) menghantar dua kapal untuk membantu usaha mencari dan menyelamat selain turut membawa enam anggota krew ke Hospital Umum Singapura untuk menerima rawatan.

Operasi mencari dan menyelamatkan untuk saki baki anggota krew kapal kargo masih diteruskan.

MPA sudah memaklumkan pihak berkuasa Indonesia mengenai insiden berkenaan dan pihak Indonesia sudah pun melancarkan gerakan mencari dan menyelamat. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA