Operasi kewangan Islam dalam suasana mencabar

Operasi kewangan Islam dalam suasana mencabar

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Sistem kewangan Islam global kini beroperasi dalam persekitaran ekonomi dan kewangan antarabangsa yang menjadi semakin mencabar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata risiko baharu lebih kompleks berikutan implikasi sistemik yang sejajar dengan peningkatan beberapa faktor, termasuk globalisasi persekitaran teknologi dan pengantarabangsaan kewangan Islam.

“Secara kumulatif, perkembangan ini memerlukan pengawalseliaan berhemat yang lebih baik dan pemantauan penyeliaan untuk memastikan sistem kewangan yang mapan dan berdaya tahan,” katanya pada sesi Penglibatan Industri Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) di sini hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA