Operasi lapangan terbang Jeju ditutup akibat salji tebal

Operasi lapangan terbang Jeju ditutup akibat salji tebal

SEOUL, 24 Jan – Pesawat-pesawat di lapangan terbang di pulau percutian Jeju, Korea Selatan telah dibatalkan operasinya hari ini buat hari kedua akibat turunan salji disertai angin kencang yang terbesar dalam masa tiga dekad, memaksa beratus-ratus pembatalan, menurut pegawai.

Tempat percutian popular itu luar selatan semenanjung Korea itu, mencatatkan turunan salji terbesar dalam masa 32 tahun pada 11sm (4.33 inci) pada hari ini, dengan lebih 1 meter salji di kawasan pergunungan.

Banyak penerbangan sama ada dibatalkan atau ditangguhkan sebelum lapangan terbang Jeju ditutup pada 5:45 petang (0845 GMT) pada Sabtu, apabila semua penerbangan dibatalkan sehingga 9 pagi pada Isnin, menurut kementerian pengangkutan.

Kelmarin, sekitar 296 buah penerbangan telah dibatalkan dan 122 lagi ditangguhkan. Manakala, hari ini pula sebanyak 517 jadual penerbangan serta sekitar 60 penerbangan dijadualkan pada pagi esok (Isnin) juga telah dibatalkan, menurut Korea Airports Corp.

Secara kasarnya 6,000 penumpang terkandas di lapangan terbang pada Sabtu, menurut kementerian itu, namun jumlahnya berkurang kepada 1,500 pada awal pagi hari ini. – Reuters

Gambar Atas/bawah : Kelihatan ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang dan beberapa buah pesawat penerbangan dilitupi salji di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju di pulau Jeju, Korea Selatan pada 24 Januari. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA