Operasi mencari 2 warga Singapura diteruskan

Operasi mencari 2 warga Singapura diteruskan

KUNDASANG, 9 Jun (Bernama) – Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi telah bermula sejak 6 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, operasi tersebut yang terdiri lebih daripada 10 anggota dilaporkan mendarat di Laban Rata.

“Hari ini keadaan cuaca mengizinkan, walaupun ada kabus sedikit, tetapi ia tidak seteruk semalam, dan pasukan kami juga telah mendarat di Laban Rata.

Operasi pencarian kini telah bermula,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Usaha pencarian diteruskan lagi hari ini. – Bernama
Usaha pencarian diteruskan lagi hari ini. – Bernama

Semalam, gerakan untuk membawa pasukan mencari dan menyelamat bagi misi membawa turun dua lagi mayat mangsa gempa di Gunung Kinabalu terpaksa dihentikan akibat kabus tebal di persekitaran gunung.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (tujuh), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu).