Operasi mencari diteruskan

Operasi mencari diteruskan

KUCHING, 27 Mac (Bernama) – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih meneruskan usaha bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dipercayai berada di dalam sebuah pacuan empat roda yang terjatuh ke dalam sungai dari feri Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, pemandu kereta berkenaan Liang Anak Rengga, 56, berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata walaupun mangsa memberitahu bahawa hanya dia seorang berada di dalam kenderaan tersebut, tetapi maklumat orang awam mengatakan terdapat seorang lagi mangsa yang masih terperangkap.

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis menghentikan gerakan SAR pada 2 pagi tadi akibat cuaca gelap, sebelum disambung semula pagi tadi.