Operasi ’mengagaie’ TAP pastikan pekerja berdaftar

Operasi ’mengagaie’ TAP pastikan pekerja berdaftar

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Jabatan Penguatkuasaan Tabung Amanah Pekerja (TAP), semalam, telah meneruskan lagi siri lawatan mengejut, menerusi operasi ‘mengagaie’, ke premis-premis perniagaan di sekitar kawasan Bandar Seri Begawan.

Menurut kenyataan TAP, lawatan mengejut itu bertujuan memastikan pekerja memenuhi syarat untuk menjadi ahli TAP dan Pencen Caruman Tambahan (SCP) dicarumkan ke TAP.

Ia juga bagi memastikan bahawa pekerja-pekerja tempatan didaftarkan dan dicarumkan dalam Skim TAP dan SCP.

Kenyataan itu menambah, daripada sebanyak 65 premis majikan yang dilawati, didapati 17 majikan dan 46 pekerja belum berdaftar dengan skim TAP dan SCP. Majikan yang gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan juga telah diarahkan untuk membuat perjumpaan ke pejabat TAP bagi tindakan lanjut seperti proses pendaftaran pekerja serta proses pembayaran caruman yang tertunggak.

Dua pegawai penguat kuasa TAP semasa membuat pemeriksaan mengejut di salah sebuah premis perniagaan.
Dua pegawai penguat kuasa TAP semasa membuat pemeriksaan mengejut di salah sebuah premis perniagaan.

TAP dalam kenyataannya sekali lagi mengingatkan bahawa pekerja yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap negara ini adalah berhak untuk dicarumkan ke dalam Skim TAP dan SCP setiap bulan.

Sebarang aduan boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan, atau menghubungi Jabatan Penguatkuasaan TAP di talian 2382929 sambungan 733 atau 732.

Ahli yang sudah mendaftar sebagai pengguna e-Amanah juga boleh membuat aduan secara online melalui laman sesawang TAP di alamat www.tap.com.bn.

ARTIKEL YANG SAMA