Operasi pembenihan awan bermula

Operasi pembenihan awan bermula

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) – Operasi pembenihan awan (OPA) di Sabah dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas pada pukul 11 pagi tadi.

Ketua Pengarahnya Datuk Che Gayah Ismail berkata operasi itu dilakukan bersama TUDM dengan menggunakan pesawat TUDM C-130.

“Pesawat sudah berlepas pada pukul 11 pagi dari Pangkalan TUDM Labuan bagi kawasan yang mengalami jerebu antaranya Penampang, Beaufort dan Tuaran. “Kerja pembenihan awan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu hingga dua jam bergantung kepada kedudukan awan bagi setiap operasi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kerja OPA dilakukan berikutan keadaan jerebu akibat kebakaran hutan gambut yang melanda negeri itu baru-baru ini dan operasi tersebut akan terus dilaksanakan mengikut keperluan.

Kakitangan Pasukan Udara Diraja Malaysia di Labuan memasukkan tangki berisi air garam ke Pesawat Charlie 130 di pangkalan RMAF Labuan bagi operasi pembenihan awan. – Bernama
Kakitangan Pasukan Udara Diraja Malaysia di Labuan memasukkan tangki berisi air garam ke Pesawat Charlie 130 di pangkalan RMAF Labuan bagi operasi pembenihan awan. – Bernama