Operasi pengangkutan berat Ogos ini

Operasi pengangkutan berat Ogos ini

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 28 Julai – Total E&P Borneo B.V dengan kerjasama Syarikat Technip dan SDV International Logistics Brunei, memaklumkan orang ramai terutama pengguna jalan-jalan raya bahawa pihak mereka akan memulakan operasi perjalanan membawa pengangkutan berat bermula 1 dan 2 Ogos, dari jam 11:00 malam hingga 5:00 pagi.

Perkara itu telah dinyatakan semasa sidang media bersama kakitangan-kakitangan syarikat-syarikat berkenaan di BLNG, Lumut, hari ini.

Menurut HSE Superintenden Syarikat Technip Far East Sdn Bhd, Haji Kamsani Nickman berkata antara jalan raya yang akan dilalui oleh dua treler pengangkutan tersebut itu adalah bermula dari Pelabuhan Kuala Belait hingga Bulatan Tea-pot mengikut Jalan Sungai – Jalan Setia Di Raja – Jalan Singa Menteri, kemudian melalui dari Bulatan Tea-pot ke Bulatan Jalan Mumong sehinggalah ke laluan Seria By-Pass, yang mana treler pengangkutan tersebut akan menuju perjalanannya ke Onshore Processing Plant di Lumut.

Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Belait, Seria dan Sungai Liang turut dibantu kakitangan-kakitangan Polis Trafik yang akan mengiringi pengangkutan berat tersebut ketika operasi itu dijalankan bagi menjaga keselamatan orang awam dan melancarkan laluan jalan raya.

Haji Kamsani Nickman ketika menjelaskan mengenai operasi pengangkutan berat.
Haji Kamsani Nickman ketika menjelaskan mengenai operasi pengangkutan berat.
Peta laluan bagi operasi pengangkutan berat di Kuala Belait.
Peta laluan bagi operasi pengangkutan berat di Kuala Belait.

Sehubungan dengan itu, pemandu-pemandu di jalan raya dinasihati untuk berwaspada ketika pengangkutan berat ini melalui jalan-jalan yang telah dinyatakan itu, dengan beberapa batang jalan dan simpang masuk di sepanjang jalan-jalan tersebut akan ditutup sementara waktu sehinggalah pengangkutan berat itu sudah melepasi jalan berkenaan.

SDV International Logistics Brunei juga memohon maaf atas kesulitan dan gangguan yang disebabkan perjalanan operasi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA