Operasi rondaan kejiranan dipergiat

Operasi rondaan kejiranan dipergiat

KUALA BELAIT, 7 Ogos – Sepasukan anggota dari Daerah Polis Belait dan Ahli Pengawasan Kejiranan telah mengadakan operasi dan rondaan bersama di dua buah tempat berasingan malam tadi untuk memata-matai keselamatan jiran dan penduduk kampung demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran.

Operasi dan rondaan tersebut yang dijalankan di sekitar Rancangan Perumahan Negara Kampung Panaga dan kawasan Kampung Lumut bermula sekitar pukul 11 malam hingga pukul 3 pagi, juga bertujuan untuk mencegah kegiatan jenayah pecah rumah dan curi.

Seramai tujuh anggota dari Balai Polis Seria bersama sembilan ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Penaga, diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Seria, P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abdul Aziz mengadakan rondaan secara berjalan kaki dan menahan serta memeriksa kenderaan dan juga orang yang berjalan kaki yang dijumpai semasa operasi.

Operasi rondaan bersama yang diadakan di dua tempat berasingan di Daerah Belait.
Operasi rondaan bersama yang diadakan di dua tempat berasingan di Daerah Belait.

Operasi rondaan itu bermula jam 11.00 malam dan berakhir jam 1.30 pagi. Manakala dalam operasi rondaan kedua pula dijalankan di kawasan Kampung Lumut, membabitkan seramai lapan anggota dari Balai Polis Sungai Liang bersama lima orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut 2, bermula dari jam 11.45 malam hingga jam 3 pagi.

Operasi rondaan di kawasan Kampung Lumut yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Soffian bin Haji Kipli, dibuat secara menggunakan kenderaan dan juga membuat sekatan jalan raya di kawasan Kampung Lumut 2.

Sepanjang rondaan dibuat di kedua-dua tempat tidak ada sebarang kesalahan jenayah ditemui.

ARTIKEL YANG SAMA