Operasi sepadu cegah jenayah

Operasi sepadu cegah jenayah

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh Pasukan Polis Diraja Brunei

 

BELAIT, 28 Mac – Daerah Polis Belait, semalam, telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Hal Ehwal Ugama Daerah Belait di beberapa lokasi di Daerah Belait.

Operasi yang disertai 16 orang pegawai dan diketuai oleh Penolong Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Belait itu melibatkan rondaan dan pemeriksaan di beberapa buah tempat di sekitar kawasan daerah ini terutamanya beberapa buah rumah sewa dan juga menjalankan rondaan di tempat-tempat persiaran, termasuk kawasan Menara Cendera Kenangan Kuala Belait.

Bagaimanapun, tiada sebarang aktiviti yang melanggar akta kesalahan jenayah dan akta kesalahan agama ditemui sepanjang operasi dilaksanakan sehingga jam 1:30 pagi.

Operasi sepadu seumpama ini akan sentiasa diadakan dan dibuat dari semasa ke semasa, bagi tujuan memantau seperti di tempat-tempat sunyi dan taman persiaran, bagi mencegah dan mengelakkan kejadian jenayah serta mencegah aktiviti khalwat dan bersekedudukan bukan muhrim.

Ketika operasi dijalankan di salah sebuah rumah sewa di Daerah Belait.
Ketika operasi dijalankan di salah sebuah rumah sewa di Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA