OPPO kini dahului Samsung

OPPO kini dahului Samsung

HONG KONG, 2 Feb – Selain pengguna di China, beberapa pihak mungkin pernah mendengar OPPO atau Vivo, tetapi jualan telefon bimbit tempatan itu semakin meningkat dalam pasaran telefon pintar terbesar dunia.

Ia susulan penggunaan strategi pemasaran tempatan yang pintar dan rangkaian runcit kukuh di bandar kecil.

Pakar industri berkata, bandar-bandar kecil, yang memiliki lebih daripada 600 penduduk dan sesetengahnya lebih besar daripada banyak ibu negara Eropah, adalah medan perang telefon pintar untuk tempoh akan datang berikutan pasaran di bandar utama China sudah semakin matang.

Jenama antarabangsa seperti Apple dan Samsung Electronics kebanyakannya belum lagi sampai di bahagian pasaran yang menyumbang lebih daripada 56 peratus penggunaan keseluruhan China, menurut Penyelidikan Pasaran Seluruh China Beijing.

Dalam ekonomi yang berkembang pada kadar paling perlahan dalam suku abad, pembeli di bandar lebih kecil dengan penduduk sehingga tiga juta cenderung ke arah telefon yang lebih murah yang mana ia adalah berita baik untuk OPPO yang berpangkalan di Guangzhou dan Vivo, termasuk Meizu Technology Co, sekutu Alibaba Group Holding Ltd.

“OPPO dan Vivo sudah berada di depan Samsung dan ZTE Corp di China dan sedang berusaha mengejar tiga syarikat besar Huawei, Xiaomi dan Apple pada 2016,” kata Penganalisis Strategi Analitik, Neil Mawston. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA