Ops Dadu serbu premis judi

Ops Dadu serbu premis judi

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 14 Julai – Beberapa kaki judi yang sedang leka bermain judi siber dan holo tergamam sebaik dua premis perjudian di daerah ini diserbu dalam operasi Ops Dadu di kawasan sempadan dan pusat bandar hujung minggu lepas.

Serbuan pertama dijalankan di hadapan sebuah kedai makan, Tedungan sekitar jam 2.35 petang Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata dalam operasi itu tiga lelaki ditahan termasuk penjaga premis tersebut.

Kita berjaya merampas pelbagai peralatan judi jenis holo termasuk peralatan judi dan wang tunai sebanyak RM156,” katanya di sini, semalam.

SERBU..Anggota polis merampas beberapa komputer dalam Ops Dadu di Jalan Buangsiul.
SERBU..Anggota polis merampas beberapa komputer dalam Ops Dadu di Jalan Buangsiul.

Mohd Bukhori berkata lagi dalam operasi kedua, sebuah premis judi siber di Jalan Buangsiul diserbu sekitar jam 8.10 malam Ahad lepas.

“Dua lelaki ditahan, dan sebanyak 10 unit komputer yang dipercayai mengandungi perisian judi siber dirampas termasuk wang tunai RM310,” katanya lagi.

Kes terbabit ujarnya akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.