Ops KESAN JIPK: 4 warga asing ditahan

Ops KESAN JIPK: 4 warga asing ditahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Empat orang lelaki warga asing telah ditahan di Balai Polis Bandar Seri Begawan setelah ditangkap oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dalam Operasi KESAN JIPK ke atas sebuah rumah sewa di Mukim Sengkurong, tengah malam tadi.

Dalam serbuan mengejut itu, warga asing yang ada dikumpulkan bagi tapisan dan pegawai bertugas juga membuat penggeledahan ke atas dua buah bilik berasingan milik dua orang lelaki warga asing yang pada masa itu gagal menunjukkan sebarang pengenalan diri.

Setelah penggeledahan berkenaan, pegawai bertugas menemukan dua pasport dan mendapati cop imigresen Brunei di dalamnya telah pun mansuh masing-masing selama 734 hari dan 419 hari.

Salah seorang pesalah imigresen yang mansuh pas imigresennya digari.
Salah seorang pesalah imigresen yang mansuh pas imigresennya digari.
Pegawai bertugas ketika menyoal siasat warga asing dalam operasi itu.
Pegawai bertugas ketika menyoal siasat warga asing dalam operasi itu.
Pesalah imigresen ditahan bagi siasatan lanjut.
Pesalah imigresen ditahan bagi siasatan lanjut.

Kedua-duanya telah pun ditangkap bagi siasatan lanjut, jika sabit kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah bagi tindakan Undang-undang.

Operasi yang bermula dari jam 10:30 malam hingga 11:40 malam itu telah melibatkan 16 orang pegawai.

Bagi menyokong usaha penguatkuasaan imigresen di negara ini, JIPK dalam kenyataannya, mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888. Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

ARTIKEL YANG SAMA