Ops sepadu padam kebakaran ditangguh

Ops sepadu padam kebakaran ditangguh

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) – Operasi bersepadu memadamkan kebakaran hutan gambut zon Beaufort ditangguhkan mulai petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairul Azuan berkata keputusan itu diambil selepas keseluruhan kawasan bencana terkawal sepenuhnya.

Tompok kebakaran yang berbaki sedikit berkenaan mampu dipadamkan dengan kadar segera oleh anggota bomba zon Beaufort sendiri.