Ops TEGAS 4 kesan 12 kesalahan

Ops TEGAS 4 kesan 12 kesalahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), baru-baru ini telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Lalu Lintas dinamakan Ops TEGAS 4 di Lebuh Raya Sultan Haji Hassanal Bolkiah di mana 12 kesalahan telah didapati.

Operasi pada 11 Disember lalu itu bermula dari pukul 9:30 malam hingga 11:30 malam dan melibatkan 25 orang anggota JSKLL dengan diketuai oleh ASP Mohd Fathdillah bin Abdul Hamid.

Antara kesalahan yang dicatatkan dalam operasi selama dua jam itu termasuk cukai jalan mansuh, tidak mempunyai lesen memandu yang sah, memakai cermin gelap, tidak menampal cukai jalan yang sah, hon tidak berfungsi, plat pendaftaran tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dan lampu plat pendaftaran tidak menyala juga ditemui.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.

Anggota polis semasa membuat pemeriksaan pada operasi berkenaan.
Anggota polis semasa membuat pemeriksaan pada operasi berkenaan.