Optimis punca England tewas

Optimis punca England tewas

NICE, 28 Jun (AFP) – Wira Iceland, Ragnar Sigurdsson (gambar), berkata sikap terlalu yakin England menjadi punca kekalahan 1-2 di tangan pasukan kerdil itu dalam aksi pusingan 16 terbaik EURO 2016.

Malah, katanya, skuad The Three Lions beraksi dalam keadaan ‘cemas’ terutama selepas Iceland berjaya mengikat kedudukan 1-1.

“Mereka fikir ia akan menjadi perlawanan yang mudah,” kata Sigurdsson yang menjaringkan gol pertama buat Iceland. “Namun, kami percaya dengan kemampuan yang kami miliki.”

Skuad bimbingan Roy Hodgson tersingkir daripada saingan EURO 2016 selepas pemain pertahanan berusia 30 tahun itu memadam jaringan penalti Wayne Rooney pada minit keempat.

“Saya fikir ia adalah gol kedua atau ketiga yang dijaringkan menerusi lontaran jauh, ia menjadi salah satu senjata yang kami sering gunakan, jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan,” katanya.

FBL-EURO-2016-MATCH33-ISL-AUT

UEFA-Euro-2016-Logo

Kolbeinn Sigthorsson memastikan kemenangan menjadi milik Iceland apabila menjaringkan gol pada minit ke-19. “Kami tidak fikir mereka mencipta banyak peluang. Kane mempunyai peluang dan menanduk terus ke penjaga gol kami.

“Selebihnya, kami beraksi lebih baik, saya tidak berasa tertekan kecuali pada minit terakhir.

“England bermula dengan baik dan penuh bertenaga tetapi saya fikir mereka terkejut dengan jaringan penyamaan kami dan seterusnya kami mendahului 2-1. Saya fikir mereka cemas.

“England sebuah pasukan yang baik dan bekerja keras. Namun, bukan mudah menjaringkan gol apabila menentang Iceland,” kata Sigurdsson.

ARTIKEL YANG SAMA