Orang asli Kanada hilang tempat memburu

Orang asli Kanada hilang tempat memburu

LAC LA BICHE, Kanada, 10 Mei (AFP) – Puak Chipewyan, Elmer McDonald berehat-rehat di trelernya yang diletakkan di tempat letak kereta Lac La Biche dan bermain biola sejak dipindahkan apabila kebakaran hutan Fort McMurray menghampiri rumah puaknya lewat Ahad lalu.

Beberapa masyarakat puak asli yang mendiami bandar minyak Kanada yang berhampiran terpaksa lari dari kebakaran yang telah membakar lebih 161,000 hektar kawasan hutan utara.

Tetapi tanah rizab berhampiran atau belakang garisan pertempuran kini diarah dikosongkan juga, termasuklah Fort McMurray First Nation dan Athabasca Chipewyan First Nation, ketika kebakaran merebak.Semula jadi agak sedih, saya kira,” McDonald memberitahu AFP.

“Mereka bermain-main dengan terlalu banyak semula jadi.

Seseorang menanggung akibatnya,” tambahnya, dengan menuduh syarikat minyak dan perhutanan aktif di rantau kawasan darat dan air yang tercemar dan memusnahkan ekosistem.

Kebakaran bermusim adalah sebahagian ekologi utara, membantu pokok-pokoknya untuk membiak.

Apabila pokok-pokok matang terbakar, kepanasan yang terlampau mengakibatkan hujungnya terbuka dan mengeluarkan biji, menambah rantau yang musnah akibat kebakaran dengan pertumbuhan baru.

Jalur-jalur yang terbakar juga mewujudkan perintang semula jadi kepada kebakaran baru memandangkan ia lazimnya tidak akan terbakar lagi selama beberapa dekad.