Orang awam dinasihat usah cemas

Orang awam dinasihat usah cemas

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei akan mengadakan latihan Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi Fasa 2/2015 selama lima hari secara berasingan mulai 22 September ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada 22 dan 29 September latihan akan diadakan di Padang Tembak, Jalan Aman, bermula jam 8 pagi hingga 11:30 pagi; 1:30 hingga 5 petang dan 8 malam hingga 12 tengah malam.

Sementara itu, pada 1 Oktober, latihan akan diadakan di tempat yang sama bermula jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan di Padang Kawad Pusat Latihan Polis, Gadong dari jam 1:30 hingga 5 petang. Pada 5 Oktober pula, juga di Padang Tembak, Jalan Aman, latihan bermula jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 hingga 5 petang.

Latihan kursus asas tersebut akan diteruskan lagi pada 6 Oktober dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi di Padang Kawad Pusat Latihan Polis, Gadong.

Di Padang Tembak, Jalan Aman latihan kursus akan diadakan dari jam 1:30 hingga 5 petang dan 8 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala itu, pada 12 Oktober, kursus akan diadakan di Padang Tembak , Jalan Aman dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi, 1:30 hingga 5 petang dan 8 malam hingga 12 tengah malam.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal berdekatan dengan kawasan latihan berkenaan dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak merasa cemas dengan bunyi bahan letupan tembakan pada tarikh, waktu dan kawasan seperti yang dinyatakan.

ARTIKEL YANG SAMA