Orang berjaya vs orang gagal

PERBEZAAN utama di antara orang yang sangat berjaya dengan orang yang kurang berjaya adalah orang yang berjaya mempunyai kuasa bertindak yang luar biasa. Mereka bangun dan berusaha bagi mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka tidak hanya mengimpikan sesuatu, tetapi mereka bangkit mendapatkan apa yang diimpikan itu. Oleh sebab itu, penulis (Fadzli Yusof, pengarang buku ‘Kuasa Sukses’) dapat katakan orang yang sangat berjaya mempunyai dua kemahiran penting, mereka boleh bermimpi pada siang hari dan mereka juga dapat bangkit pada malam hari!

Sekiranya kita berbual dengan orang yang hidupnya susah, dapat penulis katakan mereka juga mahukan hidup yang senang, selesa dan seronok. Mereka juga mahu gembira, ceria dan bahagia. Namun, mengapa tidak semua mendapat apa yang mereka mahu?

Antara kelemahan mereka yang utama adalah mereka tidak pandai bermimpi. Mereka tidak pandai mencipta impian. Mereka tiada matlamat dan sasaran jelas. Namun pada masa yang sama, ada juga yang berjaya mencipta impian hidup. Mereka sudah menetapkan matlamat dan sasaran. Mereka tahu apa yang mereka mahu. Namun, kemudiannya, apa yang berlaku? Impian hanya menjadi sahaja.

Ramai orang yang menetapkan azam tahun baru, tetapi selepas masuk bulan kelima, dia sendiri yang sudah lupa azamnya sebelum ini. Ia jauh daripada kejayaan. Ia sekadar impian semata-mata. Ia sekadar ritual tahunan tanggal 31 Disember pada setiap tahun. Orang lain buat, dia pun mahu buat juga.

Potensi vs Prestasi

Seperti anda sudah fahami, Tuhan menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Sungguh jelas, kita dicipta sebagai khalifah Allah yang diberikjan amanah bagi mengurus dan mentadbir ala mini. Begitu besar sekali peranan kita dan adakah tugas itu dapat dikendalikan oleh makhluk yang lemah potensinya?

Orang yang berjaya mempunyai kuasa bertindak yang luar biasa. Mereka bangun dan berusaha bagi mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka tidak hanya mengimpikan sesuatu, tetapi mereka bangkit mendapatkan apa yang diimpikan itu.
Orang yang berjaya mempunyai kuasa bertindak yang luar biasa. Mereka bangun dan berusaha bagi mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka tidak hanya mengimpikan sesuatu, tetapi mereka bangkit mendapatkan apa yang diimpikan itu.
Seseorang itu bertindak kerana pengaruh emosi, bukan kerana logik. Ramai orang tahu kaedah merancang perbelanjaan, namun akhirnya mereka terpengaruh dengan ‘godaan’ jualan murah dan diskaun bulanan.
Seseorang itu bertindak kerana pengaruh emosi, bukan kerana logik. Ramai orang tahu kaedah merancang perbelanjaan, namun akhirnya mereka terpengaruh dengan ‘godaan’ jualan murah dan diskaun bulanan.

Sudah tentu tidak. Secara logiknya, kita memberikan tugas dan amanah kepada orang yang paling kita yakini kebolehannya. Tuhan memberikan amanah memakmurkan alam kepada kita dan Tuhan mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian. Adakah Tuhan begitu zalim menciptakan kita dengan ketidakupayaan? Sudah pasti Allah memberikan kita segala potensi yang diperlukan bagi menjadi khalifah-Nya di atas muka bumi ini. Anda mempunyai potensi yang hebat!

Namun potensi yang hebat belum menjamin prestasi yang hebat. Apakah yang anda mampu lakukan tidak bererti apa yang anda akan lakukan. Jauh bezanya antara “Saya mampu buat…” dengan “Saya akan buat…”. Juah juga bezanya antara “Kalaulah saya buat…” dengan “Saya sudah buat…”

Bagaimanakah dengan anda? Sejauh manakah potensi anda diserlahkan menjadi prestasi?

Kawal prestasi dengan mengawal emosi anda

Bagi mengotimumkan segala potensi yang terpendam dalam diri, seseorang itu perlu mempunyai kuasa yang penulis namakannya sebagai ‘kuasa bertindak’. Ia adalah kuasa dan kemampuan yang penting bagi menjayakan apa yang kita ingini. Orang yang mempunyai kuasa bertindak mampu mendapatkan, hampir semua, yang diingininya. Ini kerana, perbezaan besar di antara orang yang sangat berjaya dengan orang yang kurang berjaya adalah tindakan dan perlaksanaan.

Oleh itu, bagaimana caranya mendapatkan kuasa bertindak? Ada satu perkara yang mengawal tindakan dan prestasi diri kita. Ia adalah emosi, kunci bagi memiliki Kuasa Bertindak.

Ya, penulis dapat katakan dalam banyak keadaan, emosi memainkan peranan utama dalam mengawal tindakan dan prestasi seseorang. Seseorang itu bertindak kerana pengaruh emosi, bukan kerana logik. Ramai orang tahu kaedah merancang perbelanjaan, namun akhirnya mereka terpengaruh dengan ‘godaan’ jualan murah dan diskaun bulanan. Mereka tahu, mengikut kaedah pengurusan kewangan, mereka tidak perlu membeli, tetapi oleh kerana desakan emosi yang kuat, mereka akhirnya ‘tertawan’ jua akhirnya.

Bagi mengotimumkan segala potensi yang terpendam dalam diri, seseorang itu perlu mempunyai kuasa yang penulis namakannya sebagai ‘kuasa bertindak’. Ia adalah kuasa dan kemampuan yang penting bagi menjayakan apa yang kita ingini. Orang yang mempunyai kuasa bertindak mampu mendapatkan, hampir semua, yang diingininya.
Bagi mengotimumkan segala potensi yang terpendam dalam diri, seseorang itu perlu mempunyai kuasa yang penulis namakannya sebagai ‘kuasa bertindak’. Ia adalah kuasa dan kemampuan yang penting bagi menjayakan apa yang kita ingini. Orang yang mempunyai kuasa bertindak mampu mendapatkan, hampir semua, yang diingininya.
Dalam banyak keadaan, tubuh kita bertindak bukan kerana logik. Ia digerakkan oleh perasaan dan emosi.
Dalam banyak keadaan, tubuh kita bertindak bukan kerana logik. Ia digerakkan oleh perasaan dan emosi.

Potensi + Emosi Negatif = Pretasi Negatif, Potensi + Emosi Positif = Prestasi Positif. Penulis rasa mungkin anda pun pernah menghadapi situasi ini. Anda tahu, secara logiknya anda tidak perlu membeli benda itu, tetapi anda masih tetap membelinya.

Bagaimanakah ia berlaku? Pada pandangan anda, apakah emosi yang mempengaruhi para pembeli membuat pembelian? Mengapa mereka memilih sesetengah jenama yang mahal? Apakah emosi yang mereka mahukan daripada pembelian itu?

Kita juga pernah mendengar berita berkenaan eksekutif bijak yang melakukan rasuah padahal secara logiknya, dia tahu itu adalah salah. Begitu juga dengan berita seorang ibu yang mendera anak sendiri, padahal secara logiknya perbuatan itu tidak masuk akal langsung. Kita juga selalu menonton televisyen, bagaimana penagih dadah ‘begitu arif’ berkenaan bahaya setiap jenis dadah. Dia tahu menghisap dadah itu salah. Namun dia masih mengambil dadah.

Pernahkan anda melakuakn sesuatu dengan penuh emosi dan selepas beberapa ketika perkara itu berlaku, anda pun hairan bagaimana ia berlaku? Pernahkah anda menghadapi situasi begitu? Ada orang yang begitu marah sehingga melakukan perkara yang dikesali sepanjang hayatnya. Ada orang yang begitu ghairah sehingga melakukan sesuatu melebihi hadnya. Ada juga orang yang dikejar anjing, dapat melompat longkang besar yang dalam. Selepas beberapa hari kemudian, apabila dia melalui kawasan longkang yang sama, dia tidak percaya apa yang dia sudah lakukan. Logik dan pemikirannya ‘tidak akan mampu’ melepas longkang itu! Mana boleh! Mustahil! Tipu!

Mungkin itu yang difikirkan oleh logik. Namun, dalam banyak keadaan, tubuh kita bertindak bukan kerana logik. Ia digerakkan oleh perasaan dan emosi. Ada orang yang begitu hebat, mampu mengawal emosi yang dikehendaki. Ada orang yang dikawal oleh emosi mereka. Anda pula bagaimana?