Orang Islam sertai penganut Katolik berkabung

Orang Islam sertai penganut Katolik berkabung

ROUEN, Perancis, 31 Julai – Gereja-gereja di seluruh Perancis membuka pintu mereka kepada orang Islam hari ini untuk menyertai bersama-sama penganut Katolik berdoa berikutan pembunuhan seorang paderi yang dilakukan oleh kumpulan jihad, dalam siri serangan terbaru.

Lebih 100 orang Islam di antara 2,000 penganut yang memenuhi katedral Roeun, Gothic berhampiran bandar Normandy tempat remaja jihad membunuh paderi Jacques Hamel berusia 85 tahun.

“Pagi ini kami mengalu-alukan rakan-rakan Islam kami,” Ketua Biskop Rouen, Dominique Lebrun berkata dalam syarahannya.

“Saya berterima kasih bagi semua penganut Kristian. Dalam cara ini anda telah mengesahkan bahawa anda menolak keganasan atas nama Tuhan.”

Di luar katedral, beberapa anggota polis dan askar-askar berdiri mengawal namun tidak melancarkan penyiasatan, berusaha untuk menenteramkan para penduduk selepas serangan jihad kedua dalam masa kurang daripada dua minggu. – AFP