Orang kanan T...

Orang kanan Trump letak jawatan

WASHINGTON, 14 Feb – Penasihat keselamatan negara Donald Trump, Michael Flynn meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi bagi panggilannya kepada kerajaan Rusia, pelepasan pertama yang mengejutkan dari bahagian dalaman presiden kurang dari sebulan selepas pelantikan rasminya.

Rumah Putih semalam berkata Trump telah menerima peletakan jawatan Flynn di tengah-tengah dakwaan persaraan jeneral bintang tiga itu yang membincangkan strategi sekatan AS bersama duta besar Rusia, Sergey Kislyak sebelum menduduki pejabat.

Flynn yang pernah mengetuai perisik tentera AS menegaskan dia merasakan satu penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat AS dalam keadaan “cemerlang.”

Tetapi dia mengakui dia “secara tidak sengaja dimaklumkan” Naib Presiden sekarang. Mike Pence dengan “maklumat tidak lengkap” mengenai panggilannya bersama Kislyak.

Pence secara terbuka mempertahankan Flynn, yang berkata dia tidak membincangkan mengenai sekatan, meletakkan kredibilitinya dipersoalkan.

Michael Flynn yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran Trump meletakkan jawatan dalam apa yang dikatakan begitu mengejutkan dan belum pernah berlaku dalam masa terdekat. – AFP
Michael Flynn yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran Trump meletakkan jawatan dalam apa yang dikatakan begitu mengejutkan dan belum pernah berlaku dalam masa terdekat. – AFP

“Berhubung dengan panggilan saya kepada duta besar Rusia. Saya sejujurnya memohon maaf kepada presiden dan naib presiden, dan mereka telah menerima permohonan maaf saya,” jelas surat Flynn, salinan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Rumah Putih berkata Trump sekarang menamakan leftenan jeneral yang bersara, Jospeh Kellogg, veteran perang Vietnam yang berkhidmat sebagai pengarah Ketua Kaki Tangan Bersama, menjadi penasihat keselamatan negara sementara.

Peletakan jawatan Flynn terlalu awal dalam pentadbiran AS yang belum pernah berlaku, dan hadir selepas maklumat panggilannya bersama diplomat Rusia didedahkan kepada umum meningkatkan tekanan ke atas Trump untuk mengambil tindakan.

Beberapa cawangan media AS semalam melaporkan bahawa penasihat tertinggi Trump diberi amaran mengenai panggilan Flynn bersama Rusia awal tahun ini.

Persoalan sekarang yang akan dibangkitkan mengenai siapa yang tahu mengenai panggilan itu, dan mengapa Trump tidak bertindak lebih awal untuk menggantikan Flynn.

Peletakan jawatan Flynn akan meningkatkan persoalan bagi penyiasatan bebas terhadap pengaruh Rusia ketika pilihan raya presiden AS 2016. – AFP