Orang kenamaan junjung ziarah di Istana

Orang kenamaan junjung ziarah di Istana

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah bagi Orang-orang Kenamaan serta Diplomat dan VVIP di Istana Nurul Iman.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.

Juga berangkat ke majlis berkenaan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
DYTM Pengiran Perdana Wazir, DYTM Pengiran Bendahara, DYTM Pengiran Digadong, YTM Duli Pengi-ran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen menerima junjung ziarah tetamu-tetamu khas di majlis berkenaan.

Baginda Raja Isteri dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah tetamu-tetamu khas di majlis berkenaan.
Baginda Raja Isteri dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah tetamu-tetamu khas di majlis berkenaan.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah berserta kerabat diraja yang lain pada majlis berkenaan.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah berserta kerabat diraja yang lain pada majlis berkenaan.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah bergambar ramai bersama tetamu-tetamu di majlis berkenaan.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Di majlis berkenaan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta ahli kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap serta duta-duta besar dan ketua perwakilan asing di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA