Orang Pasifik berasal dari Asia – kajian

Orang Pasifik berasal dari Asia – kajian

WELLINGTON, 4 Okt – Bukti DNA baru menunjukkan orang Pasifik asalnya dari Asia, berkemungkinan membawa kepada rawatan kesihatan yang lebih baik di Pasifik, menurut seorang penyelidik New Zealand hari ini.

Kajian baru itu adalah yang pertama untuk menyusun DNA dari rangka berusia 3,000 tahun dan mengenal pasti siapa orang pertama sampai ke Kepulauan Pasifik, menurut Profesor Universiti Massey, Murray Cox, pengarang bersama projek antarabangsa itu.

Dengan meneliti rangka dari orang pertama menetap di Vanuatu dan Tonga, penyelidikan itu dapat menamatkan perdebatan selama 40 tahun, kata Cox. Para penyelidik menunjukkan bahawa peneroka lama bukan keturunan Papua, yang terbukti bahawa orang pertama sampai ke Oceania terpencil adalah dari kumpulan peladang Asia, kemudian membawa masuk gen Papua ke rantau itu.

Sebelum usaha ini terjadi, tidak ada cabang genetik lama pernah diperolehi dari mana-mana rantau tropika termasuklah Pasifik. Ini telah membawa kepada dua senario yang bertentangan untuk menjelaskan mengapa orang asli Pulau Pasifik dan Maori New Zealand (Pasifika) mempunyai keturunan Papua dan Asia.

Teori lain menyatakan bahawa kumpulan peladang yang berpindah keluar dari Asia bercampur dengan orang Papua dekat New Guinea dan mewujudkan kumpulan campuran dengan kedua-kedua keturunan dan kumpulan itu yang menetap di Pasifik.

Kajian itu meneliti DNA lama daripada tiga individu yang antaranya adalah orang terawal menetap di Vanuatu sehingga 3,100 tahun lalu dan seorang lagi adalah antara orang terawal menetap di Tonga sehingga 2,700 tahun lalu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA