Orang ramai banjiri Nazmi Textile

Orang ramai banjiri Nazmi Textile

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Nazmi Textile Mall cawangan Serusop, malam kelmarin, diserbu orang ramai yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan potongan harga istimewa yang ditawarkan sempena Jualan Larut Malam di kedai berkenaan.

Dengan diskaun sehingga 80 peratus dan kesemua fabrik dijual pada separuh harga membuatkan para pelanggan berpusu-pusu berkunjung ke kedai tekstil tersebut untuk mendapatkan keperluan bagi persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain potongan diskaun yang membuatkan pelanggan teruja untuk membeli-belah, pihak pengurusan Nazmi juga tidak ketinggalan untuk beramal dan menyampaikan penghargaan kepada siapa sahaja yang berkunjung pada malam itu dengan memberikan baucar makan sahur percuma kepada para pengunjung yang hadir.

Baucar-baucar telah diagih-agihkan sendiri oleh pemilik Syarikat Nazmi Tekstil Mall, Ahmed Nazeer.

Ahmed Nazeer mengagih-agihkan baucar makan sahur secara percuma kepada para pengunjung yang hadir ke Nazmi Textile Mall, Serusop.
Ahmed Nazeer mengagih-agihkan baucar makan sahur secara percuma kepada para pengunjung yang hadir ke Nazmi Textile Mall, Serusop.
Orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke Nazmi Textile Mall yang mengadakan Jualan Larut Malam di cawangan Serusop.
Orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke Nazmi Textile Mall yang mengadakan Jualan Larut Malam di cawangan Serusop.
Orang ramai berebut-rebut memilih kain sinjang untuk meraikan lebaran pada bulan Syawal kelak.
Orang ramai berebut-rebut memilih kain sinjang untuk meraikan lebaran pada bulan Syawal kelak.

“Tanpa diduga, malam ini, lebih 8,000 orang hadir yang bukan sahaja satu sejarah bagi pihak Nazmi Tekstil Mall, malah mengejutkan. Kami terpaksa mengawal keadaan untuk keselesaan para pelanggan membeli-belah secara beredar-edar,” jelasnya.

Jualan Larut Malam yang diadakan bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi itu juga memberikan peluang kepada para pelanggan untuk bersahur di restoran Fayze Jaya Café bersebelahan dengan kedai tekstil tersebut.

Sebilangan pelanggan memberitahu, mereka mengambil peluang tersebut untuk mendapatkan fabrik yang berkualiti pada separuh harga memandangkan terdapat beberapa buah kedai jahit yang masih mahu menerima tempahan menjahit pakaian menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

ARTIKEL YANG SAMA