Orangutan dibunuh guna lembing di Indonesia

Orangutan dibunuh guna lembing di Indonesia

JAKARTA, 19 Jan – Seekor orangutan betina ditemui mati dengan luka lembing di dadanya oleh penyerang yang disyaki mungkin pembalak di wilayah Kalimantan Tengah Indonesia, menurut kumpulan pemuliharaan hari ini.

Aktivis dari Yayasan Survival Orangutan Borneo mendapati bangkai orangutan berusia 15 tahun, spesies terancam, di daerah Kapuas pada Sabtu semasa cuba untuk menempatkan semula primat itu ke kawasan pemuliharaan, menurut jurucakap yayasan, Nico Hermanu.

“Jelasnya yang ia telah ditikam dengan lembing ke jantungnya dan terdapat luka parang di badannya,” kata Hermanu.

“Kami mensyaki ia dibunuh oleh pembalak haram kerana kawasan tersebut terlalu jauh dari lingkungan penduduk,” katanya.

Sejak November, yayasan berkenaan telah menyelamatkan sebanyak 39 orangutan yang hilang habitat semula jadinya dan kekurangan makanan selepas kawasan itu dimusnahkan oleh kebakaran hutan besar-besaran tahun lepas, kata Hermanu.

Penyokong pemuliharaan pada awalnya menemui beberapa orangutan yang cedera di kawasan itu, katanya. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA