Oranje dalam kedudukan bahaya

Oranje dalam kedudukan bahaya

AMSTERDAM, 12 Okt – Peluang Belanda untuk mencari slot play-off kelayakan Euro 2016 semakin tipis susulan kemenangan Turki yang mengejutkan Republik Czech, 2-0, dalam aksi Kumpulan A, semalam.

Walaupun turut meraih kemenangan 2-1 ke atas Kazakhstan, namun ia tidak membantu skuad Oranje apabila mereka kekal di tangga keempat dengan 13 mata – dua mata di belakang Turki.

Bagaimanapun, pasukan mana yang akan bermain di play-off ditentukan pada perlawanan terakhir Rabu ini apabila Turki akan menentang Iceland manakala Belanda bertemu Republik Czech.

Belanda tiada pilihan lain kecuali menang ke atas Republik Czech sambil berharap Turki kecundang di tangan Iceland. – Agensi