Oriental Mace, Wuzhen Ledian meterai perjanjian RMB 1 bilion

Oriental Mace, Wuzhen Ledian meterai perjanjian RMB 1 bilion

SERDANG, 12 Jun (Bernama) – Syarikat pelaburan, Oriental Mace Group (OM) menandatangani perjanjian jualan bernilai ‘renminbi’ (RMB)1 bilion (RM1=RMB1.61) dengan Wuzhen Ledian PZ Point Pte. Ltd. (Ledian), China bagi jualan aplikasi mudah alih Malaysia di China.

Wuzhen Ledian, antara konglomerat utama China, komited ke atas nilai jualan melalui pembelian korporat dalam kalangan anak syarikatnya.

Dikenali sebagai ‘Ledian-mobiz’, aplikasi itu merupakan 100 peratus aplikasi mudah alih rekaan Malaysia yang dicipta oleh PZ Point Sdn. Bhd., anak syarikat Oriental Mace, dan kini dijual di China dengan pemilikan harta intelek dipegang oleh Malaysia.

Aplikasi itu adalah evolusi baharu platform perniagaan mudah alih bagi perniagaan runcit yang membolehkan vendor dengan akses segeramenyesuaikan aplikasi untuk produk dan perkhidmatan mereka.

Pengarah Urusan Oriental Mace Sdn Bhd Datuk KC Wong (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Penasihat Korporat Kumpulan Wuzhen Ledian Prof Huang Min Xi (dua kanan) pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Oriental Mace Sdn Bdh dan Kumpulan Wuzhen Ledian di Wisma Huazong, semalam. – Bernama

Pengarah Urusan OM Group Datuk Wong Kong Choong berkata perjanjian yang ditandatangani itu merangkumi pelan hala tuju korporat yang lebih besar melibatkan pengkorporatan Ledian dan matlamat IPOnya.

Beliau berkata OM akan memanfaatkan sumber kumpulan dan kepakarannya dalam aspirasi IPO Ledian dalam masa dua tahun.

ARTIKEL YANG SAMA