Orientasi pelajar baru Micronet

Orientasi pelajar baru Micronet

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) telah mengalu-alukan pelajar baru pengambilan September 2015 dengan pelbagai aktiviti dan acara selama dua hari, hingga hari ini, di Kampus Jerudong.

Menurut kenyataan MIC, acara berkenaan bertujuan untuk menyesuaikan para pelajar dengan menyediakan maklumat dan sumber-sumber berguna yang diperlukan bagi memulakan pengajian mereka.

Selain itu, ia juga untuk mengalu-alukan mereka dengan mewujudkan suasana mesra sekali gus membangkitkan semangat komuniti yang menghubungkan mereka kepada fakulti, kakitangan dan para pelajar lain.

Pada hari pertama, kelmarin, para pelajar dialu-alukan dengan pameran makanan mini, demonstrasi karate dan permainan-permainan menyeronokkan yang disediakan oleh kakitangan dan Majlis Pelajar kolej berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, orientasi berkenaan disediakan oleh ramai pensyarah menggunakan pelbagai maklumat dan sumber-sumber yang diperlukan bagi peralihan pelajar untuk memasuki kolej.

Antara pelajar baru Kolej Antarabangsa Micronet yang menjalani orientasi di kolej itu.
Antara pelajar baru Kolej Antarabangsa Micronet yang menjalani orientasi di kolej itu.

Sementara itu, Aktiviti Membina Pasukan telah diadakan di Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar, hari ini, bagi menggalakkan semangat komuniti dalam kalangan para pelajar baru.

Ia juga merupakan peluang untuk mengeratkan silaturahim di antara pelajar-pelajar baru dan warga fakulti.

Acara telah diakhiri dengan penyampaian Anugerah Merit Khas yang disempurnakan oleh Pengurus Besar MIC bagi mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang pada semester sebelumnya.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pelajar dan pasukan yang menenang dalam permainan-permainan yang diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA