Origi, Firmino wira Liverpool

Origi, Firmino wira Liverpool

SANTA CLARA, 31 Julai – Divock Origi dan Roberto Firmino menjaringkan gol untuk membantu Liverpool menewaskan AC Milan 2-0 pada perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa, hari ini.

Origi membuka tirai jaringan pada minit ke-59 selepas menyudahkan hantaran daripada Alberto Moreno sebelum Firmino meledak gol kedua 14 minit kemudian.

Jaringan Origi selepas rehat buat Liverpool, memberikan tekanan hebat ke atas AC Milan.

Origi memecahkan catatan tanpa jaringan selama 104 minit bersama Liverpool pada permulaan kejohanan itu.

The Reds sebelum ini tewas 0-1 kepada pesaing dari Liga Perdana Inggeris, Chelsea. Perlawanan mereka seterusnya akan menentang Barcelona pada 6 Ogos di London manakala Milan pula berdepan Chelsea pada 3 Ogos di Minneapolis.

Kejohanan pertunjukan yang bermula 22 Julai hingga 13 Ogos itu menampilkan 17 pasukan dari empat benua – 10 dari Amerika Syarikat dan Eropah, tiga dari China dan empat dari Australia. – AP

ARTIKEL YANG SAMA