Origin, Liyana Yus bersungkai bersama anak yatim

Origin, Liyana Yus bersungkai bersama anak yatim

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Lebih 20 orang terdiri daripada anak-anak yatim dan beberapa buah keluarga yang kurang bernasib baik dari Daerah Brunei dan Muara telah berkesempatan berbuka puasa bersama pelakon tempatan filem Yasmine, Liyana Yus.

Majlis anjuran Syarikat Origin Films yang menerbitkan filem Yasmine itu diadakan di Kafe Qasehmaisara.

Menurut Pengarah syarikat itu, Dayang Siti Kamaluddin, majlis tersebut adalah sebagai usaha syarikat untuk memeriahkan lagi bulan Ramadan dengan aktiviti amal.

Liyana Yus dan warga Origin bergambar ramai bersama anak-anak yatim dan keluarga yang kurang bernasib baik.
Liyana Yus dan warga Origin bergambar ramai bersama anak-anak yatim dan keluarga yang kurang bernasib baik.

“Saya rasa perkara seperti itu amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling dan ini adalah sebagai salah satu cara untuk memberi balik kepada masyarakat,” kata beliau.

Majlis bersungkai bersama Liyana Yus dan Origin itu dianjurkan buat kali pertamanya dan diharap dengan adanya majlis seumpama ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan antara sesama mereka dengan berkongsi minat dan membina inspirasi belia dan kreativiti untuk mereka mengejar hasrat yang diimpikan.

ARTIKEL YANG SAMA