Orkestra dibatalkan gara-gara pemuzik wanita

Orkestra dibatalkan gara-gara pemuzik wanita

TEHRAN, 29 Nov (AFP) – Satu persembahan berprofil tinggi di Iran oleh Orkestra Simfoni Tehran dibatalkan pada saat-saat akhir kerana ia mempunyai pemuzik wanita, konduktor muziknya yang berang mengatakan hari ini.

Ali Rahbari mengatakan dia dimaklumkan 15 minit sebelum orkestra itu dijadualkan membuat persembahan di sebuah acara sukan utama, bahawa mereka tidak boleh mengadakan persembahan.

“Kerusi sudah pun disusun dan semuanya nampak bagus,” katanya, merujuk kepada Pertandingan Piala Kelab Tinju Dunia yang dibuka di ibu negara Iran pada Khamis.

“Namun sebelum mempersembahkan lagu kebangsaan, tiba-tiba mereka mengumumkan wanita tidak boleh mengadakan persembahan di pentas.”

Rahbari ataupun agensi berita ISNA yang melaporkan komennya, tidak memperincikan siapa ‘mereka’ yang menghalangnya.

“Saya rasa tersinggung dan mengatakan ia mustahil bagi saya untuk menerima penghinaan sebegitu,” tambah Rahbari. “Sama ada kami melakukan persembahan bersama atau pergi.”

Usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan isu itu.

“Ia amat mustahil untuk wanita bermain alatan muzik di pentas,” Rahbari memetik penganjur majlis sebagai berkata.

Diharamkan daripada menyanyi secara solo di khalayak ramai semenjak Revolusi Islam 1979, ahli muzik Iran berulang kali mengadu bahawa mereka dihalang daripada mengadakan persembahan, khususnya di luar Tehran.

Namun penolakan pada Khamis, menurut ISNA merupakan yang pertama kali persembahan oleh Orkestra Simfoni, kumpulan tertua Iran, dibatalkan kerana ahli perempuannya.

ARTIKEL YANG SAMA