Orkestra Sayuran umum konsert jelajah

Orkestra Sayuran umum konsert jelajah

ROM/VIENNA, 3 Mei (dpa) – Sebuah kumpulan Vegetable Orchestra (Orkestra Sayuran) akan menggunakan semuanya yang tumbuh di kebun sama ada daun saderi yang dijadikan gitar, seruling lobak, violin daun kucai, sebagai satu instrumen untuk mewujudkan apa yang mereka gelar ‘bunyi muzik unik alam semesta yang estetik’.

Kesatuan egalitarian Vienna, yang memiliki kreativiti pelbagai – bukan saja berlatarbelakangkan sudut muzikal – malah meredah ke pasar pada pagi hari untuk memilih instrumen mereka, menurut satu kenyataan yang mengumumkan konsert yang dirancang di Tasik Como di Itali nanti.

Labu digunakan sebagai dram, lada menjadi hon. Dan kualiti menjadi peranan yang penting! “Anda tidak boleh menghasilkan muzik pada timun yang sudah reput atau labu yang kecil,” menurut laman web kumpulan itu.

Muzik itu dihasilkan dengan memetik, menggosok dan membunyikan siulan pada sayur-sayuran, dan tidak ada genre muzikal yang terbatas.

Diasaskan pada tahun 1998, orkestra itu memainkan konsert di seluruh Eropah termasuk Rusia dan paling jauh di Amerika Syarikat dan Hong Kong. Muzik yang mereka mainkan bukan tradisional namun ia adalah 100 peratus boleh jadi kompos. Dan selepas konsert itu akan ada sup sayur buat para penonton.

Anggota orkestra menekankan: mereka bukan vegetarian.