Osborne kurangkan perbelanjaan, lindungi bajet

Osborne kurangkan perbelanjaan, lindungi bajet

LONDON, 13 Mac (Reuters) – Menteri kewangan Britain, George Osborne mengatakan hari ini beliau akan mengumumkan pemotongan selanjutnya kepada perbelanjaan awam minggu ini untuk melindungi pelan jimat cermat daripada melemahkan ekonomi, namun mengatakan ia tidak akan menjadi drastik.

Osborne mengatakan dunia sedang berdepan ketidakpastian sejak krisis kewangan 2008-2009 akibat ekonomi China yang lembap, kejatuhan harga minyak, perubahan kadar faedah di beberapa buah negara dan ketidakstabilan politik di Timur Tengah.

“Ringkasnya, harapan bagi pemulihan global lebih kukuh telah lenyap,” tulisnya dalam akhbar hari ini Sun sebelum pengumuman bajet tahunan pada Rabu.

George Osborne dilihat bercakap semasa rancangan Andrew Marr dalam siaran BBC. – Reuters
George Osborne dilihat bercakap semasa rancangan Andrew Marr dalam siaran BBC. – Reuters

Osborne mengatakan keputusan dari Britain untuk meninggal Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum pada Jun juga akan menambah ketidakpastian.

“Keluarnya dari EU akan mewujudkan kejutan ekonomi, ia akan mengakibatkan kekurangan pekerjaan, standard kehidupan musnah dan ia akan mengheret ke lembah kegelapan,” katanya dalam temu bual televisyen BBC.