Oscar: China ‘bukan langkah ke belakang’

Oscar: China ‘bukan langkah ke belakang’

DOHA, 12 Jan – Oscar menegaskan bahawa meninggalkan Liga Perdana Inggeris untuk bermain di China bukan ‘satu langkah ke belakang’, tetapi mengakui tawaran kewangan yang besar adalah insentif yang pasti.

Dalam satu komen pertamanya sejak meninggalkan Chelsea dengan yuran perpindahan yang mengejutkan, 60 juta euro, Oscar berkata Liga Super China yang berbelanja besar lama-kelamaan akan menandingi liga terbaik dunia yang lain.

“Saya tidak fikir ia adalah satu langkah ke belakang,” kata Oscar, yang menjalani latihan di Qatar bersama pasukan barunya, Shanghai SIPG, yang juga dilaporkan menjadikan pemain Brazil itu antara pemain bergaji tinggi di dunia.

“Saya fikir China membuat projek besar untuk saya dan kesemua pemain hebat yang datang ke liga ini. Saya begitu pasti di masa depan bahawa liga China akan menjadi antara yang terbaik di dunia.”

Perpindahan pemain tengah itu ke Shanghai dilihat berpotensi untuk merubah Liga Super China yang bercita-cita besar.

Antara pemain bintang yang lain berjaya ditarik ke China baru-baru ini adalah penyerang Argentina, Carlos Tevez, pemain antarabangsa Belgium Axel Witsel, dan bekas pemain Chelsea Ricardo Carvalho. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA