OSIRIS-Rex berlepas

OSIRIS-Rex berlepas

MIAMI, 9 Sept – Kapal angkasa pertama Amerika Syarikat yang dibina khusus untuk mengutip habuk asteriod dengan mengelilingi matahari dan kembali dengan sampel ke bumi, dilancarkan semalam bagi misi selama tujuh tahun bertujuan untuk mendedahkan perkara sebenar sistem solar, menurut Nasa.

Kapal angkasa kawalan jauh yang dinamakan OSIRIS-REx itu dilancarkan tepat pada jam 7:05 malam (2305 GMT) dari Cape Canaveral, Florida, dimana lebih 8,000 orang berkumpul menyaksikan pelancaran roket Atlas V yang membawa kapal angkasa berkenaan.

Kapal angkasa yang menelan belanja AS$800 juta itu kini dalam perjalanan menuju Bennu, cakerawala berhampiran bumi yang saiznya seperti gunung kecil.

Roket Atlas V berlepas dari Kompleks 41 di Cape Canaveral Air Force Station. – AP
Roket Atlas V berlepas dari Kompleks 41 di Cape Canaveral Air Force Station. – AP

Bennu dipilih dari kira-kira 500,000 asteroid dalam sistem solar kerana laluan orbitnya berdekatan dengan bumi yang mengelilingi matahari yang dianggap saiz yang tepat untuk penyelidikan sains serta satu daripada asteroid tertua yang dikenali NASA.

Matlamat utama misi OSIRIS-REx ialah mengumpulkan habuk dan serpihan dari permukaan asteriod pada tahun 2020, dan kembali ke bumi pada tahun 2023 untuk penyelidikan lebih mendalam. – AFP