Osorio sah jurulatih baru Mexico

Osorio sah jurulatih baru Mexico

BANDAR MEXICO, 11 Okt – Mexico mengesahkan ia mendapatkan khidmat Juan Carlos Osorio sebagai ketua jurulatih baru pasukan bola sepak kebangsaannya.

Persekutuan Bola Sepak Mexico berkata semalam bahawa Osorio akan memeterai perjanjian kontrak awal munggu depan dan muncul pada sidang media pada Rabu.

Jurulatih warga Colombia itu meletak jawatan sebagai jurulatih kelab Sao Paulo FC Brazil pada minggu lepas selepas berkhidmat selama lima bulan.

Ricardo Ferretti mengambil alih tugas jurulatih Mexico atas dasar sementara pada Julai selepas pemecatan bekas pengurus Miguel Herrera, yang dituduh menumbuk seorang wartawan televisyen di sebuah lapangan terbang dua hari selepas memenangi Piala Emas.

Mexico berdepan Amerika Syarikat pada Sabru di Pasadena, California, dalam perlawanan playoff bagi kelayakan kejohanan Piala Konfederasi 2017 di Rusia. – AFP