Otai Dinner Night 2015 kenang jasa anak seni tempatan

Otai Dinner Night 2015 kenang jasa anak seni tempatan

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Otai Dinner Night 2015 telah diadakan di Bahtera Hall, Ba’diah Hotel Bandar Seri Begawan anjuran Otai Group yang menggabungkan para artis veteran tanah air Brunei Darussalam.

Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Dato Haji Harun bin Haji Abdul Majid.

Acara telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah secara beramai-ramai bagi mengenang rakan-rakan seni yang telah kembali kerahmatullah.

Seterusnya, Pengurus Syarikat ZOL Entertainment, Awang Zulkifli Butir telah mengalu-alukan tetamu khas, Dato Haji Harun untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Trofi Penghargaan Khas kepada para artis di atas perjuangan seni dan pencapaian mereka.

Penerima-penerima Trofi Penghargaan Khas sumbangan daripada ZOL Entertainment ialah Pengiran Zainal Abidin Pengiran Puteh, Haslinda Mohd Taib, Seruddin Kambar dan Pengiran Faridah binti Pengiran Damit

Antara barisan artis dan penggiat seni tempatan yang hadir semasa majlis Otai Dinner Night 2015.
Antara barisan artis dan penggiat seni tempatan yang hadir semasa majlis Otai Dinner Night 2015.

Mereka telah diberikan penghargaan khas bagi mengenang jasa bakti mereka yang pernah terlibat dalam menjayakan rancangan-rancangan RTB & MoU, acara-acara persembahan kenegaraan dan pernah menjadi artis rakaman tanah air.

Seramai lebih 100 tetamu terdiri daripada para artis veteran tanah air seperti Pengiran Mohd Noor bin Pengiran Mahidi, Pengiran Taib bin Pengiran Duraman dan Danny Haji Hashim wakil daripada kumpulan De Ceteria, Mashhor Haji Morni daripada kumpulan Black Gypsy KB, Abdul Rahman Baba daripada kumpulan Potensi KB. Asimah binti Haji Bungsu, Masni Haji Ali, Hajah Saadiah Haji Ghazali dan Mejar (B) Haji Manaf Haji Khamis, Musa Daud, Pengiran Haji Othman bin Pengiran Haji Seruddin, Daud Munap wakil daripada kumpulan De’Klassik, Razak Haji Manggong dengan tiupan saksofonnya, Dayangku Masanita binti Pengiran Haji Patra, Tuminam Timbang, Siti Maryam Haji Madani dan Zulkifli Butir.

Manakala, pengacara dan penyeri majlis itu ialah Pengiran Hanafi bin Pengiran Haji Ahmad.

Selain itu beberapa orang artis tanah air seperti Haslinda Mohd Taib, Pengiran Zainal Abidin, Seruddin Kambar, Asimah Haji Bungsu, Pengiran Faridah Pengiran Damit,Sawal Matahir,Haji Abdul Razak, Haji Shamsuddin Idris, Hajah Saadiah Haji Ghazali, Tuminam Timbang, Abdul Rahman Baba daripada kumpulan Potensi, Mashor Haji Morni dari kumpulan Black Gypsy turut melakukan persembahan nyanyian bagi memeriahkan lagi acara pada malam itu..

Tujuan penganjuran Otai Dinner Night 2015 ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim persahabatan para artis veteran, mengenang kembali nostalgia penglibatan para artis veteran di era tahun 70an hingga kini sama ada di Brunei atau pernah mewakili keluar negara dan mengenang jasa bakti yang pernah ditaburkan oleh artis veteran.

ARTIKEL YANG SAMA