Otto melanda Amerika Tengah

Otto melanda Amerika Tengah

PANAMA CITY, 23 Nov – Taufan Otto dijangka semakin kuat di Caribbean apabila ia sedang membuat laluan ke arah Amerika Tengah kelmarin, menyebabkan tiga kematian di Panama dan pemindahan di pesisir pantai Costa Rica dan Nicaragua.

Otto menjadi taufan ketujuh pada musim Atlantik tahun ini. Taufan itu mempunyai kelajuan angin 120 kilometer sejam, dijangka semakin kuat apabila ia bergerak ke arah barat, menghampiri Costa Rica dan Nicaragua esok (Khamis) sebelum membuat pendaratan, Pusat Taufan Kebangsaan berkata dalam satu laporan.

Pada masa ini, kekuatan angin taufan telah meluas sehingga 10 batu dari pusatnya. Hujan Otto “mungkin akan menyebabkan kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh.”

Di Panama, dua orang mati akibat tanah runtuh dan seorang terbunuh akibat pokok tumbang pada permulaan hujan lebat Otto, ketua Perkhidmatan Perlindungan Awam Negara, Jose Donderis, memberitahu kepada AFP.

Pekerja melakukan kerja pembersihan dari pokok yang tumbang membunuh seorang budak lelaki semasa ribut itu berlaku di Panama City kelmarin. - AFP
Pekerja melakukan kerja pembersihan dari pokok yang tumbang membunuh seorang budak lelaki semasa ribut itu berlaku di Panama City kelmarin. – AFP

Sembilan orang terperangkap dalam tanah runtuh yang berlaku di barat ibu negara itu. “Tujuh telah diselamatkan dan malangnya dua orang mati dalam kejadian itu,” katanya.

Kematian lain adalah seorang budak lelaki dihempap oleh sebuah pokok tumbang pada kereta yang dinaikinya semasa menunggu ibunya di luar sekolahnya di ibu negara, berkata Donderis. Manakala Ibunya terselamat.

Pegawai di negara itu mengarahkan semua sekolah ditutup. Pekerja kerajaan telah diberitahu untuk meninggalkan pejabat awal pada pagi hari ini.

Negara jiran Costa Rica semalam mengarahkan untuk pemindahan kepada lebih daripada 4,000 orang di sepanjang bahagian utara yang jarang didiami di pantai Caribbean bagi mengelakkan kematian. – AFP