Outlander tampil canggih

Outlander tampil canggih

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi salah sebuah kereta keluaran terbaru dari Mitsubishi iaitu Mitsubishi Outlander yang dilancarkan secara rasmi di The Mall, Gadong, hari ini.

Pelancaran model terbaru Mitsubishi Outlander oleh pengedar tunggal kenderaan Mitsubishi di Negara Brunei Darussalam iaitu GHK Motors Sdn Bhd, telah disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan GHK Motors Sdn Bhd, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Ladi dan Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, Pengiran Dato Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali.

Outlander 2016 sebagai generasi ketiga, bukan sahaja sebuah kereta yang menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui, tetapi juga dipertingkatkan daripada segi kejuruteraan, pengalaman pemanduan, prestasi enjin dan dikira terdapat 98 jenis peningkatan berbanding model sebelum ini.

Outlander terbaru itu juga mengetengahkan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang canggih bagi keselesaan pemandu dan penumpang termasuk Adaptive Cruise Control (ACC) dan Electronic Brake Distribution (EBD).

Yang Berhormat Pehin Goh King Chin menyerahkan kunci Outlander kepada pelanggan pertama yang membeli Outlander terbaru itu.
Yang Berhormat Pehin Goh King Chin menyerahkan kunci Outlander kepada pelanggan pertama yang membeli Outlander terbaru itu.
Yang Berhormat Pehin Goh King Chin, Pengiran Dato Sharifuddin dan Dr. Haji Supry ketika menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Goh King Chin, Pengiran Dato Sharifuddin dan Dr. Haji Supry ketika menghadiri majlis berkenaan.
Orang ramai melihat dengan lebih dekat ciri-ciri istimewa Outlander terkini.
Orang ramai melihat dengan lebih dekat ciri-ciri istimewa Outlander terkini.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem Brake Over Ride (BORS) sebagai sistem yang sangat cerdik dalam waktu panik, yang mana pemandu biasanya menekan minyak dan brek sekali gus, secara automatik penekanan minyak akan dibatalkan dan sistem brek mengambil alih.

Bersempena dengan pelancaran model terbaru ini mereka yang membuat tempahan awal untuk mendapatkan kereta itu, akan berpeluang untuk mendapatkan baucar membeli-belah bernilai $500 dan pelbagai barangan eksklusif Outlander di mana tempoh tempahan awal itu dilanjutkan sehingga 1 Februari.

Mereka yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Outlander terbaru bolehlah mengunjungi bilik pameran Mitsubishi atau menghubungi talian 2423423 semasa waktu bekerja atau mengikuti laman Facebook https://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK.