Ozil hidupkan cabaran Gunner

Ozil hidupkan cabaran Gunner

LONDON, 29 Dis – Cabaran gelaran Arsenal kembali ke landasan ekoran kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth semalam yang meletakkan pasukan ini di tangga teratas Liga Perdana dan menyaksikan penjaga gol Petr Cech mencipta rekod bersih baru.

Jaringan Gabriel dan Mesut Ozil yang sekali lagi pemain utama Arsenal cukup bagi kelab Gunners itu untuk menenangkan gemuruh ekoran kekalahan mengejutkan 4-0 di Southampton dua hari sebelumnya.

Kemenangan itu juga menandakan peristiwa penting bagi Cech yang mengekalkan rekod bersih ke-170 dalam Liga Perdana, kebanyakan mereka dalam warna-warna Chelsea – untuk mengambil alih tanda sebelumnya yang dicipta oleh David James.

Dengan bekas peneraju Leicester dijangka bertemu Manchester City yang berada di tempat keempat 24 jam selepas perlawanan itu, keputusan itu meletakkan Arsenal mempunyai kelebihan satu mata di atas tangga liga.

Jika hanya dilihat pada sejarah perlawanan ni akan menjadi salah satu yang paling tidak setanding yang pernah dilihat dalam Liga Perdana – Arsenal, jaguh 13 kali, pemenang 12 kali Piala FA dan peserta berterusan dalam Liga Juara-Juara menandingi kelab yang telah bermain dalam peringkat keempat bola sepak Inggeris hanya 12 tahun lalu.

Ozil menjaringkan gol kedua Arsenal semasa menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates semalam. - Reuters
Ozil menjaringkan gol kedua Arsenal semasa menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates semalam. – Reuters

Namun masih banyak lagi dari bola sepak Inggeris dari itu dan jurang tidak begitu besar antara pasukan-pasukan ketika Arsenal mencari tiga mata penting.

Bournemouth, yang terkenal dengan gaya permainan menariknya, telah bermain dan tidak pernah tewas sejak November, termasuklah kemenangan yang menaikkan semangat apabila menewaskan Chelsea dan Manchester United.

Berbanding Arsenal, yang telah menyaksikan enam perlawanan mereka tanpa kecundang, akhirnya dicemari dengan kekalahan di Southampton di St Mary, yang akibatnya serta-merta melenyapkan kegembiraan yang telah terbina di utara London itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA